Tuesday, October 28, 2008

Jiwa Kacau Yang Formal oleh Dr. Irwan

Sabtu, 30 Disember 2006
Jiwa Kacau Yang FormalDah 4:00 pagi. Teringat malam Hescom, Basri (Presiden Geng Jurnal) beri aku senaskhah buku Masuk Barisan. Terima kasih, Basri. Kalau tak beri free, mungkin aku tak akan ada buku tu kerana mungkin aku tak akan beli buku tu kerana mungkin aku tak suka judulnya yang mungkin berbau (atau berbahu?) politik.

Semalam aku bermalam seorang diri di sebuah hotel di Port Dickson. Sempat baca sedikit buku tu yang aku bawa bersama.

Biasalah, kita lebih berminat baca tulisan orang yang kita kenal. Aku baca dulu tulisan Naimisa kerana dia aktif di esastera (off-line) dan esasterawan. Tambahan pula, masih segar dalam ingatan pertemuan dengannya di Hescom 06.

Suka baca tulisannya yang tersiar tu. Satu daripada esasterwan.com, tentang "perempuan tak guna...". Aku sms kat dia ucap tahniah.

Kemudian aku baca entri rimanilzah. Semuanya dari esasterawan. Semuanya aku dah baca sebelum ini, malah masih segar di ingatanku. Jadinya, tak ada yang memeranjatkan. Aku cari-cari ungkapan rimanilzah yang kuanggap most memorable: "Zul, sekarang aku dah tak beli VCD cetak rompak lagi. Aku beli DVD cetak rompak". Begitu lebih kurang bunyinya. Namun entri yang ini tidak ada.

Aku pindah ke entri Rudy pula... Rudy yang lama tak bersama dengan esastera tetapi sangat sayang akan esastera dan berjanji akan aktif seaktif-aktifnya di esastera tahun 2007 ini. Sempat baca satu cerita menarik tentang tayar keretanya masuk ke parit...

Nampaknya sejak masuk barisan (ada pun di sini), Jiwa Kacau jadi begitu formal, dengan setiap entri dinyatakan judulnya, tarikh siarannya, serta urlnya.

Buku Masuk Barisan ini, setakat yang aku dah baca, diedit dengan baik. Tidaklah aku tahu apa pandangan orang sastera terhadap blook seperti ini.

Mungkin kita juga boleh terbitkan blook daripada entri di esasterawan. Yang ini kenalah orang lain urus. Aku sendiri masih tercungap-cungap dengan projek antologi puisi BM-Rusia yang perlu diterbitkan dalam tahun 2007 ini.

Aku juga bercita-cita nak terbitkan blook perseorangan dari entri di laman ini. Macam yang dibuat Mat Jan.

Kita terbit dulu. Lepas itu, kita tunggu apa kata orang sastera.

(Aku rasa mereka akan kata kegiatan menerbitkan blook ini kerja orang syok sendiri dan tiada faedahnya kepada dunia sastera).

Siap tulis tepat 4.30 am. Nak tidur.

Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas ;
http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_weblogg.asp?uid=8&bid=4024

3 Comments:

Blogger Littlesilence said...

saya nak buku ni 1..!
brapa hengget kena bayar,ye incik basri?

8:55 AM

 
Blogger khalifah said...

salam lalu..
moga sihat n ceria dr. sekleuarga
memang mantap lah.... hehe

mai lawat2 blog yang x seberapa ni:

**p.s: “Hanya satu sahaja menjadi penghalang antara kita dengan apa yang kita mahu di dalam hidup kita iaitu - keazaman untuk mencuba dan keyakinan bahawa ia boleh terlaksana!”

ikhlas dr.khalifah
http://fendicenter.blogspot.com
JUTAWAN EBAY
http://jutawanebay.blogspot.com

6:45 PM

 
Blogger jurukopi said...

karya mainstream yang dibalut dengan non-mainstream?

8:44 AM

 

Post a Comment

<< Home